by: Normah Becok
Cerita si jejaka ini, dia mendapat tahu penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Jazz, Sheila Majid baru saja merakamkan lagu duet dengan seorang penyanyi dari Indonesia bernama Chandra. Rakaman itu berlangsung malam Isnin lalu di studio milik Jenny Chin iaitu Baby Boss.
Lagu ciptaan Numata, yang juga pernah menyumbangkan lagu untuk Anuar Zain ini diberi judul Ingatlah Diriku dan lagu ini bakal dimuatkan dalam album kedua Chandra. Amboi Kak Sheila, senyap-senyap saja buat projek baru. Tetapi mengenali Sheila, Cik Normah tahu yang dia memang tak suka nak heboh-heboh kecuali kalau perkara itu sudah menjadi kenyataan.
Apa yang Cik Normah dimaklumkan, Chandra dan Sheila memang sudah lama berkenalan.
